hi lama tidak menulis rindu pula untuk menulis.
lama tidak menjenguk terasa pula ingin menjenguk.
Sebulan sudah aku memulakan carrier di company baru, terasa sangat penat dan letih. Letih akal dan letih badan. Bukannye kerana bijak berfikir tapi penat kerana berfikir.
Felda Holding Business Intelligence development dah pun kick off, baru 1st week mcm2 issue keluar, minggu yang penuh dgn meeting dan terjahan terjahan soalan yang kurang intelek dan kadangkala tersangat intelek.
Baru aku tau rumitnya membangunkan sebuah perisian untuk organization yang sangat besar datanya. Proses proses awal sudah melalui saat2 genting, data felda sangat sensitiv untuk di sentuh membuatkan aku masih terus berfikir apakah cara yang sesuai.
Keluh resah hanya aku adukan pada org yang aku sgt syg.. peneman malam peneman jiwa dan peneman bicaraku, sangat sabar dia melayani karenah ku.. semoga dia mengukir kejayaan di tanah inggeris.
Pegi balik redah Jam.. x sangup rasanya nak redah hari2 di tgh2 KL.. jalan semarak sememangnye jalan yang menguji mentaliti, aku biarkan saja itu lah penyeri kuala lumpur.
tatkala petang awan sering kelabu, hujan rintik2 adakalanya hujan lebat2, redup rasa mata seperti hendak terkatup, ku sengkang dgn tangungjawab.
Hari ni balik agak awal, penat rasanya seperti mahu tidur, mungkin aku akan terlelap sebentar lagi, dunhill 14 menjadi peneman , tembakau yang sungguh sempurna.
Thursday, March 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment